Monday, September 28, 2009

Apa yang terbuku jauh di sudut hati.

Aku tak mahu ingat,
Aku tak mahu fikir,
Aku tahu aku sudah bahagia,
Aku tahu aku sayang Alie.


Tapi setiap kali aku cuba,
Setiap kali itulah aku akan tetap mengimbau,
Mengimbau kenangan yang pernah menjadi harapan dan impian,
Tapi kini musnah menjadi debu debuan.


Tidak bukan kerana aku masih berharap,
Bukan juga kerana aku masih mahu,
Tetapi aku rindu akan kehadiran seorang teman,
Teman yang suatu ketika dahulu pernah menjadi tempat aku bergantung.


Segala janji harapan mimpi dan impian telah terkubur,
Terkubur jauh di sudut memori lama,
Tetapi akan tetap di simpan di kotak fikiran,
Yang takkan pernah aku buang.


Tidak aku harus sedar kini aku sudah mempunyai pengarang jantung hati,
Yang telah membuat aku bahagia dan menjaga aku dengan baik,
Yang akan terus menyayangi aku untuk aku,
Dan akan aku terus menyayanginya sepertimana aku pernah menyayanginya dulu.


Aku sayang Alie,
Aku akan selalu merindui Alie,
Aku cinta Alie,
Dan aku mahu Alie bersamaku selamanya.



Baby, i love you & i will always be loving you. No matter how often we argue with each other, i know that what makes our bond stronger. Our past will remain as past & i know we want to try to make this time work out. Lets start making out & make love loving each other more & more & lets appreciate each other more. Thanks for everything baby, i love you no matter what. :') <3

No comments:

Post a Comment