Sunday, September 6, 2009

Hush Hush - Pussycat Dolls.

Apa aku rasa, tiada siapa akan pernah faham.
Kau mahupun mereka.
Apa aku rasa, tiada siapa akan pernah mengerti.
Kau mahupun mereka.
Apa aku rasa, tiada siapa boleh judge.
Kau mahupun mereka.
Apa aku rasa, tiada siapa pernah dapat beri aku jawapan sebetulnya.
Kau mahupun mereka.

Apa aku rasa, aku tak pernah sangka akan menjadi sampai macam ni.
Dulu, hari ni mahupun esok.
Apa aku rasa, aku tak rasa aku akan move on selamanya.
Dulu, hari ni mahupun esok.
Apa aku rasa, tak pernah disangka aku akan diperlakukan begini.
Dulu, hari ni mahupun esok.
Apa aku rasa, susah untuk digambarkan sampai bila bila.
Dulu, hari ni mahupun esok.


Jangan sesekali judge aku, nilai aku, kutuk aku, mengata aku. Kerana sesungguhnya apa yang ditanggung perit, berat. Ni bukan sahaja kerana lelaki bernama S atau A mahupun V, tetapi kerana isu keluarga juga. Kawan kawan, duit, peribadi. Tapi kalau nak dibandingkan dengan orang ramai, mungkin apa yang ditanggung ini tak lah hebat mana. Tapi aku dah tak kuat. Aku perlukan seseorang di sisi. Yang berdaya untuk memberi kata kata semangat, kata kata perangsang.


Aku merindui kau, kawan. Aku sangat merindui kau. Mungkin ianya sangat susah untuk dilupakan. Memori lalu datang menghantui aku setiap detik dan waktu. Kan enak kalau kau hanya sekeping kertas yang diconteng conteng. Aku boleh membuang kau bila bila masa saja, sambil meronyokkan dan mengoyakkan kertas itu setelah itu dicampak ke tong sampah. Tapi malangnya kau bukan itu. Kau adalah sesuatu yang sangat bermakna. Mungkin bagi semua orang, kau hanyalah "another guy in my life". Tetapi bagiku, kau antara perkara yang terbaik pernah terjadi dalam diriku. Kau antara perkara yang tak ingin aku lupakan. Kau bagaikan baju mahal yang telah terbakar di sisi. Sayang nak buang, simpan tiada guna. Itulah kau. Kau akan tetap berada di hatiku, jauh di sudut hatiku. Aku akan tetapi menyayangi kau dan akan terus merindui kau dari jauh, dari dalam. Aku sayang kau, kawan. :'/

Aku merindui memori lama, aku merindui ex boyfriend aku juga. Aku merindui segalanya. Aku rindu Abah aku yang aku sayang sangat. Aku rindu semuaaaaaaaaaaa. Kenapa tiba tiba aku terasa sebak, sedih, dingin, kaku? Aku perlukan waktu tidur yang normal. Jadi, aku rasa aku harus tidur. Selamat malam/pagi wahai duniaku.

No comments:

Post a Comment