Thursday, October 29, 2009

Jiwang sekejap.

Walaupun kita dah pernah bersama, putus, bersama lagi, putus dan kini bersama kembali, aku tetap merasa segala perasaan yang dahulu pernah dirasai sewaktu awal awal zaman kita bersama.

Bila kau pegang tangan aku, hatiku berdebar debar.
Bila kau kata kau sayang aku, hatiku terus berdegup kencang.
Bila aku kata aku sayang kau, hatiku berdebar debar.
Bila satu hari aku tak dengar khabar berita kau, hatiku berdegup kencang.
Bila aku fikir pasal kau, hatiku berdebar debar.

Aku selalu merindui kau, setiap saat sayang.
Walaupun aku bersama kau ketika itu, aku tetap merindui kau.

Aku tak tahu apa yang telah kau buat kepadaku, tapi aku rasa seperti lain bila bersama kau.
Seolah aku lemah apabila berkaitan dengan hal kau.
Aku punyai pendirian, tetapi aku seakan tak berdaya untuk mengatakan semua itu.
Aku tahu, apabila aku kehilangan kau aku bakal jatuh, rebah.
Aku hiraukan semua yang dikatakan orang, kerana aku tau aku mahukan kau dan aku terlampau menyayangi kau.

Baik buruk kau, aku terima.
Baik buruk aku, kau terima.
Kau tak sempurna, begitu juga aku.
Tapi apabila aku bersama kau, aku seakan merasa hidup aku sempurna.
Kita berbalah, bergaduh, bertikam lidah boleh dikatakan setiap waktu.
Tapi aku tahu, kita boleh mengharungi segala hal kerana ikatan cinta & sayang kita terlampau kuat.

Aku tak ingin kehilangan kau sayang.
Tapi jikalau kita tidak ditadirkan untuk bersama sehingga akhir hayat, aku hanya mampu doakan kebahagiaan kau.
Ingatlah, bahawa kau pernah menjadi seseorang yang penting dalam hidup seorang perempuan.
Kau telah cuba mengubah aku, kau telah mengajar aku pelbagai perkara.

Aku sayang kau, Muhammad Fazlie bin Nordin.

No comments:

Post a Comment