Sunday, July 10, 2011

Berbahasa Melayu.

Orang kata aku bertuah sebab dapat apa aku nak,
Aku kata tak senang duduk dalam posisi aku.


Orang kata aku gemuk dan bodoh,
Aku kata aku hanya jalani hari hari sebagai manusia biasa.


Orang kata aku perasan hebat lepas tu bangga ada boyfriend,
Aku kata aku hanya bersyukur dengan orang orang di sekeliling aku.


Orang kata aku takkan berjaya,
Aku kata tunggu dan lihat sahaja apa akan jadi di masa depan.


Orang kata family aku kaya dan aku bertuah,
Aku kata semua tu hanya luaran sahaja,


Orang kata aku hebat,
Aku kata aku hanya makhluk Allah swt yang dicipta cukup sempurna sifatnya. 


Tak kisahlah apa orang nak kata. Orang hanya nampak luaran sahaja. Sebab apa yang betul betul berlaku dalam hidup kita, hanya kita & Allah swt sahaja yang tahu. Biar lah orang nak judge, orang nak benci, orang nak mengata, yang dapat dosa mereka, kita hanya dapat pahala mereka sahaja. Kau hidup dekat dunia tak lama, kau buat je lah apa kau rasa betul. Tak ada orang yang perfect pun. Semua buat salah, apa yang penting kau buat salah tapi lepas tu kau cuba untuk perbetulkan diri. Allah swt Maha Pengampun. :) 


Aku juga manusia biasa. Yang ada banyak lagi perkara yang harus dipelajari untuk dilengkapkan dalam buku duniawi untuk dijadikan persediaan untuk akhirat nanti. :)


Aku tak cakap aku ni angelic sangat. Aku pun banyak dosa. InsyaAllah, suatu hari nanti..... Bertudung lituplah aku. Teringin. Tak selamanya kita muda kan. Umur dah 20. Bila ajal datang kita tak tahu. InsyaAllah.... O:)






P/S : Dalam bilik. Macam macam perkara berlegar dalam fikiran. Aku kembali. Dengan entri di blog ini berbahasa Melayu setelah beberapa ketika. Aku rasa tenang, menggunakan bahasa kebangsaan kita. Harap entri ini diterima mesej yang ingin disampaikan. Maksud tersirat & tersurat.